Halaman

Khamis, 19 April 2012

Petua

Melicinkan kulit wajah

Bahan-bahan
putih telur

Sapukan putih telur di seluruh muka kecuali mata dan bibir ( jangan la nanti mata pedih dan bibir rasa telur...uwek! ). Ambil kapas muka lekat pada bahagian hidung tunggu hingga kering. Lepas kering tanggalkan kapas pada bahagian hidung. Nanti akan keluar black head lekat pada kapas tu. Pada bahagian muka lain pula, ambil kapas lain, dan tanggalkan putih telur yang sudah kering dengan cara menggosok perlahan-lahan. Insya'allah. kulit muka jadi licin cerah dan berseri... lakukan 2 atau 3 kali seminggu.

Cubalah... sebab aku dah cuba semalam.. berkesan.

Selasa, 17 April 2012

Popia Simpul Kasih

popia simpul kasih

Petua

1. Kulit Muka Licin Berseri

Bahan-bahan 

yoghurt asli

Ambil yogurt asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
2. Menaikkan Seri Muka

Bahan-bahan

air kelapa

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..